Flower 55

Friday 2 November 2012

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SKTKJ/PPKI

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SK TAMAN KLANG JAYA 2012


TARIKH     :  2 NOV 2012 ( JUMAAT)
MASA         : 7.10 PAGI - 12.10 TENGAHARI
TEMPAT     :  DEWAN SKTKJ

MATLAMAT
     Mewujudkan rasa dihargai dan disayangi di kalangan kanak-kanak dengan meraikan mereka melalui input sesuai.

OBJEKTIF
-  Mengeratkan silaturrahim antara pelajar dan guru.
-  Menambah keyakinan diri para peserta yang mengambil bahagian dalam acara yang diambil.
-  Sebagai hiburan kepada pelajar untuk merehatkan minda.
-  Mengeratkan integrasi kaum di kalangan pelajar.


 
Jam 7.10 pagi semua guru dan murid berkumpul di tapak perhimpunan bagi bacaan doa, nyanyian lagu-lagu patriotik ,ucapan ketua pelajar, dan ucapan Guru Besar SKTKJ, Pn Rahimah Bt. Omar.



Acara diteruskan dengan Senam Seni diketuai oleh Cikgu Ismail dan beberapa orang guru yang lain.


 
Murid-murid bersenam seni .

 
 Cikgu Ismail ....mengetuai Senam Seni....

 
 Amboi cikgu Hawa dan Cikgu Suzanna....bersemangat..

 
 
Cikgu Aminah...lepas ni lebih ceria dan cergas.
 
 Kesian...murid siapa ni...Devasharma kepenatan.



 
Cikgu Raja Ashariah yang tak mahu ketinggalan..tahniah.


     Selesai Senam Seni, semua murid berehat sebentar dan makanan diedarkan kepada murid.  Tepat jam 10.30 semua murid berkumpul di dalam dewan untuk menyaksikan persembahan hari kanak-kanak. Pendidikan Khas juga tidak ketinggalan mengambil bahagian.


 
Seorang serius dan seorang senyum...baru lepas gaduh la tu..
 

 
 Amir Achmal Dan Sri Kareshman mengambil bahagian dalam persembahan PPKI


 
 Persembahan dari murid-murid PPKI...tahniah...


 
 PPKI SKTKJ persembahan Hari Kanak-Kanak 2012

     Selesai semua acara persembahan ,  murid-murid  menerima hadiah masing-masing. tahniah kepada yang berjaya. murid kemudian diberi aiskrim sebelum pulang pada jam 12.10 tengahari.


    Semoga semua murid bergembira di Hari Kanak-Kanak ini. Semua kenangan indah ini akan tersimpan sebagai suatu memori yang indah...

Sekian...
ZMS.